Seperti biasa Azri, Seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta terkemuka di Kuala Lumpur, tiba di rumahnya jam 9 malam. Sewaktu dia tiba anak lelakinya, Arman yang baru darjah 2 membukakan pintu. Dia seperti sudah lama menunggu ayahnya pulang.
“Kenapa tak tidur lagi ni…?” sapa Azri sambil mencium anaknya. Biasanya Arman memang sudah pulang ketika dia pulang dan akan bangun ketika dia hendak pergi ke pejabat. Sambil mengekori ayahnya menuju ke ruang tamu, Arman menjawab “Aman tunggu ayah balik…sebab Aman nak tnya gaji ayah brapa…?”
“eh, knp pulak Aman tanya pasal gaji ayah? Nak minta duit ke? Ujarnya lembut….
“Eh tak la…Aman nak tau je…”
“Oke. Aman kira sendiri. Setiap hari Ayah bekerja lebih kurang 10 jam dan dibayar RM400 Dan setiap bulan Ayah kerja lebih kurang 25 hari kerja. Jadi, gaji Ayah dalam satu bulan berapa ya?”
Arman berlari mengambil kertas dan pensilnya dari meja belajar, sementara ayahnya membuka stokin dan membuka televisyen. Ketika Azri beranjak menuju ke bilik tidur untuk menukar pakaian, Arman berlari mengikutinya.
“Kalau sehari ayah dibayar RM400.00 untuk 10 jam, bererti satu jam ayah dibayar RM40.00, kan..,” katanya.
“Wah, pandainya Aman. Sudah, sekarang pergi cuci kaki, tidur,” perintah Azri. Tetapi Arman tak beranjak. Sambil menyaksikan ayahnya berganti pakaian, Arman kembali bertanya, “Ayah, boleh Aman pinjam duit RM 5.00 tak?” “Sudah, tak payah macam-macam lagi. Buat apa minta duit malam-malam macam ni? Ayah dah penat. Dan nak mandi dulu. Tidurlah.”
“Tapi, Ayah…” Kesabaran Azri habis.
“Ayah cakap tidur!” jeritnya mengejutkan Arman. Anak kecil itu pun berbalik menuju ke bilik tidurnya. Selesai mandi, Azri seperti menyesali dengan apa yg terjadi. Dia pun menjenguk Arman di bilik tidurnya. Anak kesayangannya itu belum tidur. Arman didapatinya sedang teresak-esak sambil memegang wang RM15.00 ditangannya.
Sambil berbaring dan membelai kepala anak kecil itu, Azri berkata, “Maafkan Ayah, Nak. Ayah sayang sangat kat Aman. Buat apa Aman minta duit malam-malam begini? Kalau nak beli mainan, esok kan boleh.. Jangankan RM 5.00 lebih dari tu pun ayah bagi.”
“Ayah, Aman bukan minta duit tu. Aman nak pinjam. Nanti Aman pulangkan balik kalau Aman dah simpan duit dari duit belanja Aman selama minggu ini.”
“Iya,iya, tapi buat apa?” tanya Azri lembut.
“Aman tunggu ayah dari pukul 8. Aman nak ajak Ayah temankan Aman main. Tiga puluh minit saja. Ibu selalu cakap yang waktu Ayah tu sangat berharga. Jadi, Aman nak beli waktu ayah. Aman tengok duit dalam tabung Aman ada RM15.00 je… Tapi Ayah cakap sejam Ayah dibayar RM 40.00, maka setengah jam sama dengan RM 20.00. Duit tabung Aman kurang RM5.00 sebab tu Aman nak pinjam dari Ayah,” kata Arman bersahaja.
Azri terdiam. dia kehilangan kata-kata. Dipeluknya anak kecil itu erat-erat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan